Friday, 5 June 2015

Tabika kami

Tabika Kemas Kg Shafie adalah asalnya bangunan surau lama.Apabila telah di dirikan masjid,bangunan surau itu tidak di gunakan lagi.Dengan kerjasama Penduduk Kampung satu gotong-royong telah di buat untuk membaik pulih surau berkenaan menjadi Tabika.Pada tahun 1996 Tabika ini telah di daftarkan sebagai Tabika Kemas Kg Shafie.Jika asalnya Bangunan Tabika hanya daripada kayu setelah beberapa kali di baik pulih oleh Jabatan Kemas akhirnya Tabika Kemas Kg Shafie menjadi lebih cantik dan kemas.




Tabika Kemas Kg Shafie terletak lebih kurang 44 kilometer dari bandar Bentong.Oleh kerana Kg Shafie merupakan Kampung tradisional maka jumlah pelajar di Tabika tidaklah terlalu ramai.Kebanyakan anak-anak muda di kampung berkenaan telah keluar berkerja di bandar.


MAKLUMAT DIRI

Nama saya Fazidah hanim bt Hj Zainal Abidin dan lahir pada 28 hb Ogos 1978.Saya tinggal di Kg Simpang Pelangai.Saya telah berkhidmat sebagai Guru tabika kemas selama 13 tahun.

Hobi saya menonton televisyen dan membaca majalah hiburan.Saya juga amat menyayangi kucing.Di rumah saya ada empat ekor kucing yang comel.

Saya mengajar di Tabika Kemas Kg Shafie.Saya mempunyai murid seramai 15 orang yang berumur 6,5 dan 4 tahun.Pembantu saya bernama Rosmah bt Othman.Tabika saya bersih,selamat dan ceria.Kami pernah memenangi pertandingan Penarafan Bintang Peringkat Negeri Pahang dan mendapat tempat kedua.